LELAKI ITU: Itulah, kami bercadang mahu bina tapak perkhemahan dan pondok bagi kegunaan para pelajar tahfiz dan orang ramai. Selain mengaji, para pelajar boleh buat pelbagai aktiviti yang menarik di sini sambil memancing di tepi sungai.
LELAKI ITU kembali berangan. Terbayang di matanya para pelajar bergotong – royong di hujung minggu sambil membina kemahiran pertukangan bersama para pekerja membangun pondok-pondok tempat berehat.
Setiap paku yang diketuk adalah doa untuk masa depan. Tanah ini bukan hanya tanah, tapi juga ladang amal yang akan terus berbuah. Besar pahala kepada pewakafnya PAK ALI.
Terlintas pula di bayangannya sebahagian pelajar yang lain sedang belajar bertani. Yang ditanam mereka bukan sahaja benih tumbuhan, bahkan bersama benih harapan.
Terdengar suara pekik kegembiraan para pelajar yang sedang berenang di kolam renang yang disediakan mematikan sementara lamunan LELAKI ITU,
sebelum fikirannya kembali menerawang memerhatikan sebahagian yang lain sedang fokus ke sasaran di padang latihan memanah.
Di suatu sudut yang lain , kelihatan kuda sedang berlari sambil ditunggangi oleh pelajar tahfiz, bersama bunyi derapan kaki kuda dari kejauhan semakin menghampiri. Mereka bukan sahaja menghafal Al-Quran, mereka juga diasah dengan kemahiran kendiri.
Melihat mereka menguasai kemahiran sukan sunnah menghiburkan hati LELAKI ITU.
Sudahlah berangan tu, ayuh kita berangkat pulang. Hari sudah semakin lewat. Nak buat semua sekali memerlukan masa yang panjang. Nanti kita rancang elok-elok apa yang nak dibuat di sini. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam pula. Kata Encik Daud sambil ketawa kecil.
Sekian.
Watak LELAKI ITU di dalam cerita di atas menggambarkan perasaan dan impian kami WARGA MAAHAD TAHFIZ WATTALAQI.
Dengan penuh harapan, kami menjemput tuan / puan yang Budiman dan dermawan turut serta bersama kami menjadi LELAKI ITU bagi merealisasikan Pembangunan Huffaz Campsite.
Firman Allah SWT maksudnya : “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui”
– Surah Al Baqarah : 261