MELABUR SAHAM AKHIRAT DENGAN WAKAF HUFFAZ CAMPSITE MAAHAD TAHFIZ WATTALAQQI

Kami memerlukan sebanyak RM70,000.00 untuk Pembinaan Fasa Pertama.

MEMERLUKAN RM70 x 1000 ORANG

Firman Allah SWT maksudnya: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui”
– Surah Al Baqarah : 261

Jika Tuan Puan sudi untuk membaca, di bawah ini kami sediakan cerpen ringkas bagi mengajak tuan puan menghayati impian Warga Maahad Tahfiz Wattalaqqi bagi Merealisasikan Impian Huffaz Campsite untuk Kegunaan semua di atas Tanah Wakaf.

Di celahan rimba, ada susuk tubuh LELAKI ITU yang sedang memandang jauh. Matanya tidak berkedip jauh terlontar ke seberang sungai.

Lamunan LELAKI ITU terhenti apabila bahunya disapa oleh seseorang.

Apa yang dilamun tu? tanya Encik Daud.

Eh, tiada apa. Kata LELAKI ITU sambil berehat sebentar di bawah pokok setelah penat seharian meneroka hutan di tanah yang telah diwakafkan kepada Maahad Tahfiz Wattalaqqi.

Andai dapat kita bangunkan tanah ini, pasti banyak manfaatnya kepada maahad tahfiz dan masyarakat awam. bicara LELAKI ITU.

Encik Daud: Pihak Maahad dah ada perancangan apa-apa ke untuk tanah wakaf ni?

LELAKI ITU: Itulah, kami bercadang mahu bina tapak perkhemahan dan pondok bagi kegunaan para pelajar tahfiz dan orang ramai. Selain mengaji, para pelajar boleh buat pelbagai aktiviti yang menarik di sini sambil memancing di tepi sungai.

LELAKI ITU kembali berangan. Terbayang di matanya para pelajar bergotong – royong di hujung minggu sambil membina kemahiran pertukangan bersama para pekerja membangun pondok-pondok tempat berehat.

Setiap paku yang diketuk adalah doa untuk masa depan. Tanah ini bukan hanya tanah, tapi juga ladang amal yang akan terus berbuah. Besar pahala kepada pewakafnya PAK ALI.

Terlintas pula di bayangannya sebahagian pelajar yang lain sedang belajar bertani. Yang ditanam mereka bukan sahaja benih tumbuhan, bahkan bersama benih harapan.

Terdengar suara pekik kegembiraan para pelajar yang sedang berenang di kolam renang yang disediakan mematikan sementara lamunan LELAKI ITU,
sebelum fikirannya kembali menerawang memerhatikan sebahagian yang lain sedang fokus ke sasaran di padang latihan memanah.

Di suatu sudut yang lain , kelihatan kuda sedang berlari sambil ditunggangi oleh pelajar tahfiz, bersama bunyi derapan kaki kuda dari kejauhan semakin menghampiri. Mereka bukan sahaja menghafal Al-Quran, mereka juga diasah dengan kemahiran kendiri.

Melihat mereka menguasai kemahiran sukan sunnah menghiburkan hati LELAKI ITU.

Sudahlah berangan tu, ayuh kita berangkat pulang. Hari sudah semakin lewat. Nak buat semua sekali memerlukan masa yang panjang. Nanti kita rancang elok-elok apa yang nak dibuat di sini. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam pula. Kata Encik Daud sambil ketawa kecil.

Sekian.

Watak LELAKI ITU di dalam cerita di atas menggambarkan perasaan dan impian kami WARGA MAAHAD TAHFIZ WATTALAQI.

Dengan penuh harapan, kami menjemput tuan / puan yang Budiman dan dermawan turut serta bersama kami menjadi LELAKI ITU bagi merealisasikan Pembangunan Huffaz Campsite.

Firman Allah SWT maksudnya : “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui”
Surah Al Baqarah : 261

Tujuan Pembinaan Huffaz Campsite ini adalah:

LATAR BELAKANG PROJEK WAKAF HUFFAZ CAMPSITE

LOKASI TAPAK

Tanah wakaf yang diamanahkan kepada Maahad Tahfiz Wattalaqqi ini berkeluasan lebih kurang 4 ekar. Lokasinya di Kampung Sewai terletak 27 KM dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan 63 KM dari Ibu negeri perak, Ipoh. Kedudukan HUFFAZ CAMPSITE ini berada di tepi Sungai Perak dan berhampiran dengan Stesen Janakuasa Empangan Chenderoh. Bentuk muka bumi yang berbukit landai dan keindahan alam di sekitarnya memberi ketenangan bagi para pelajar menekuni hafalan. Tidak lupa juga bakal para pengunjung yang ingin turut serta menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.

Cadangan Susunatur Huffaz Campsite bagi Fasa 1

Pada keseluruhan pembangunan yang dicadangkan mngambil kira keperluan semasa di mana pembangunan yang dicadangkan terdiri dari:

1. Pondok Utama
2. Tapak Perkhemahan
3. Tandas Awam
4. Dewan Terbuka dan Surau
5. Jeti Terapung
6. Kolam Renang

ANGGARAN KOS YANG DIPERLUKAN

Untuk pembangunan Huffaz Campsite ini, kami memerlukan sebanyak RM70,000.00 bagi melaksanakan Pembinaan FASA 1.

Tuan-Tuan & Puan-Puan yang Dirahmati oleh Allah sekalian, izinkan kami membeli hati tuan-puan dengan serangkap pantun, mudah-mudahan Allah membalas jasa budi tuan-puan dengan sebaik-baik ganjaran.

Pohon beringin di tepi sungai,
Akar menjalar daunnya rimbun,
Wakaf disemai pahala dituai,
Jasa dikenang dosa diampun.

HADIAH ISTIMEWA UNTUK MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Jika Tuan /puan berhajat untuk berniat wakaf buat ibu bapa atau sanak saudara yang telah meninggal dunia , maka besarlah manfaat yang mereka terima.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap, nescaya ia akan bersedekah. Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?”

Jawab baginda SAW: “Ya”

(Riwayat Bukhari : 1388)

Ayuhlah Berwakaf untuk mereka yang telah banyak berbakti kepada kita. Moga-moga ianya menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan di akhirat sana untuk mereka dan kita jua.

Sumbangan Tuan/Puan akan diagihkan dari semasa ke semasa mengikut fasa pembinaan, Semoga Allah SWT meluaskan rezeki melalui pintu sedekah dan mengurniakan darjat tertinggi buat para dermawan.

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:

Nama: Maahad Tahfiz Wattalaqqi

Bank: CIMB ISLAMIC BANK

No. Akaun: 8601202149

Letakkan reference “Huffaz Campsite” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Segala keperihatinan tuan-tuan puan-puan kami dahulukan dengan ucapan Jutaan Terima Kasih.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.almarbawi.com

JOM INFAQ SUMBANGAN ANDA!!!

Infaq Pembangunan Huffaz Campsite

RM610 of RM70,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM300.00

Copyright 2024 - Almarbawi.com

Ada Pertanyaan?
×