Pengenalan Maahad Tahfiz Wattalaqqi

Bermula dari hasrat untuk mendidik anak-anak islam dengan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan Ulum Islami, Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Hj Khalid bin Abdul Rahman secara konsisten telah mengembeling usaha untuk menubuhkan gedung ilmu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan izin Allah s.w.t dan bantuan secara kolektif dari beberapa individu, maka tertubuhlah Madrasah Ulumul Syariah Wal-Quraniah pada tahun 1991.

Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dan perkembangan yang baik, pihak madrasah telah bersetuju untuk melanjutkan skim pendidikan kepada pendidikan menengah yang kemudiannya dikenali sebagai Maahad Tahfiz Wattalaqqi.

Bagi mengimbau dan memartabatkan kembali ilmu yang kian ditinggalkan, pihak maahad sekali lagi menambah mutu pendidikan dengan mewujudkan sistem pengajian berteraskan Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar atau dikenali sebagai Pengajian Azhari dan Tahfiz Al-Quran sepenuh masa disamping tidak melupakan keperluan persediaan untuk pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

OBJEKTIF KAMI

  • Melahirkan al-Huffaz yang berkualiti serta berakhlak mulia.
  • Melahirkan al-Huffaz yang berusaha menginterpretasikan Al-Quran dan As-Sunnah di dalam kehidupan seharian.
  • Membentuk pelajar yang berusaha melakukan perubahan kearah kebaikan dari segi rohani dan jasmani.

VISI KAMI

“GENERASI HUFFAZ BERKEMAHIRAN DAN BERAKHLAK AL-QURAN”

MISI KAMI

Mewujudkan sebuah organisasi yang berperanan menyokong pembangunan pendidikan swasta dengan mengamalkan budaya kerja yang sistematik, telus dan efisen, mengoptimumkan peluang-peluang di pasaran bagi menghasilkan ekonomi yang mampan, membentuk budaya kerja yang mencerminkan akhlak muslim berwibawa berlandaskan ilmu dan pengalaman, membina bi’ah solehah yang mesra ilmu dan berdisiplin serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya kami warga Maahad Tahfiz Wattalaqqi dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan :

1. Menjalankan tugas dengan berdisiplin, komited dan bertanggungjawab.
2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam melahirkan huffaz yang cemerlang.
3. Memberikan bimbingan dan didikan dengan ilmu dunia dan akhirat kepada pelajar bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berketerampilan dan bertaqwa.
4. Berusaha memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar terjamin beteraskan budaya penyayang.
5. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa supaya mereka sentiasa tahu mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.
6. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi sekolah dengan cepat :

a. Pendaftaran pelajar.
b. Laporan prestasi pelajar.
c. Borang pertukaran pelajar.
d. Mengeluarkan resit rasmi pembayaran yuran asrama dan lain-lain.
e. Disiplin pelajar.

SIJIL PENDAFTARAN