LOKASI TAPAK CADANGAN

Lokasi kompleks Maahad Tahfiz Wattalaqqi Lubok Merbau ini terletak lebih kurang 41/2 batu dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan 371/2 batu dari Ibu negeri perak, Ipoh. Kedudukannya yang strategik di mana ia merupakan kawasan ladang getah berdekatan dengan jalan raya sebagai penghubung yang terpenting. Berdekatan dengan kawasan perumahan dan kedai untuk keperluan semasa amat bersesuaian bagi pembinaan sekolah ini. Ditambah pula dengan keadaan tanah yang begitu kukuh akan memudahkan kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Location: 4.807558, 100.892348

KEADAAN MUKABUMI DAN TOPOGRAFI

Pada keseluruhannya tapak yang akan dibangunkan adalah kawasan ladang getah. Secara amnya, ia didapati sesuai untuk sebarang jenis pembangunan selepas dibuat penebangan dan jenis pembinaan blok bangunan adalah mengikut spesifikasi yang dicadangkan.

POTENSI PEMBANGUNAN TAPAK

Tapak cadangan mempunyai potensi dari aspek fizikal untuk dibangunkan kepada sebarang jenis pembangunan terutamanya yang berunsurkan sekolah. Kajian mendapati tiada masalah atau halangan fizikal untuk memajukan tapak dipohon berdasarkan kepada beberapa factor. Antaranya ialah :

A. Lokasi tapak yang strategik
B. Kemudahan akses di tapak pembangunan
C. Keadaan mukabumi yang boleh diubahsuai
D. Guna tanah semasa yang merupakan tanah ladang getah

Kesan-Kesan Pembangunan Antaranya Adalah Melibatkan:

Status Gunatanah

  • Perubahan status gunatanah dan intensiti pembangunan tanah dari tanah tanaman getah kepada pembangunan sekolah seperti dicadangkan.

Penambahan Unit Sekolah Agama

  • Adalah dijangkakan penambahan unit-unit sekolah agama dapat menampung permintaan penduduk untuk memberikan pendidikan agama di kawasan yang terancang.

KONSEP PEMBANGUNAN DAN CADANGAN SUSUN ATUR

Objektif Pembangunan

Berdasarkan kepada potensi tapak, adalah menjadi hasrat pemohon untuk membangunkan tapak pembangunan yang bersifat kepada Pembangunan Sekolah Agama. Objektif pembangunan adalah ke arah mewujudkan pendidikan Islamiah yang bakal menjadi generasi Islam yang berwibawa.

Konsep Pembangunan

Sekitar kawasan pembangunan merupakan kawasan kampung. Konsep pembangunan yang dicadangkan merupakan sebuah sekolah berasrama penuh.

Cadangan Susunatur

Pada keseluruhan pembangunan yang dicadangkan mngambil kira keperluan semasa dan syarat-syarat kelulusan di mana pembangunan yang dicadangkan terdiri dari:

1. Surau
2. Dewan
3. Sekolah
4. Asrama
5. Dewan makan
6. Bangunan pentadbiran
7. Perpustakaan