
Pengenalan Koperasi Almarbawi
Bermula dari hasrat untuk mendidik anak-anak islam dengan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan Ulum Islami, Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Hj Khalid bin Abdul Rahman secara konsisten telah mengembeling usaha untuk menubuhkan gedung ilmu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan izin Allah s.w.t dan bantuan secara kolektif dari beberapa individu, maka tertubuhlah Madrasah Ulumul Syariah Wal-Quraniah pada tahun 1991 yang kemudiannya dikenali juga sebagai Maahad Tahfiz Wattalaqqi.
Setelah lebih 30 tahun beroperasi tanpa entiti khusus yang rasmi menguruskan aktiviti perniagaan yang dapat menampung kos perbelanjaan Maahad Tahfiz Wattalaqqi, pada tahun 2022 kami telah mendaftarkan Koperasi Almarbawi Perak Berhad sebagai suatu organisasi yang menjalankan perniagaan bagi mencapai objektif membiayai pusat pendidikan Maahad Tahfiz Wattalaqqi.

MATLAMAT KAMI
Menurut sub-seksyen 4(1) Akta, maktlamat koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
OBJEKTIF KAMI
- Memanfaatkan aset wakaf dengan lebih produktif bagi menjana pendapatan yang mampan.
- Melaksanakan projek-projek mesra alam dan keterjaminan makanan.
- Menceburi pelbagai aktiviti yang boleh menghasilkan keuntungan dan berdaya saing.
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti dan ahli koperasi.
- Menyediakan tabung dana yang mencukupi bagi membiayai kos operasi dan pembangunan Maahad Tahfiz Wattalaqqi.
- Menawarkan biasiswa atau bantuan kewangan kepada para pelajar yang memerlukan.

VISI KAMI
“USAHA KOLEKTIF MEMACU PENDIDIKAN PROGRESIF”
MISI KAMI
Mewujudkan sebuah organisasi yang berperanan menyokong pembangunan pendidikan swasta dengan mengamalkan budaya kerja yang sistematik, telus dan efisen, mengoptimumkan peluang-peluang di pasaran bagi menghasilkan ekonomi yang mampan, membentuk budaya kerja yang mencerminkan akhlak muslim berwibawa berlandaskan ilmu dan pengalaman, membina bi’ah solehah yang mesra ilmu dan berdisiplin serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

PIAGAM PELANGGAN
Bahawasanya kami warga Koperasi Almarbawi Perak Berhad dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan :
1. Menjalankan tugas dengan berdisiplin, komited dan bertanggungjawab.
2. Melaksanakan projek-projek dibawah Koperasi mengikut landasan syariat
3. Memberikan khidmat terbaik bagi memastikan visi, misi dan objektif koperasi tercapai.
4. Berusaha memastikan kebajikan dan keselamatan warga koperasi terjamin berteraskan budaya penyayang.
5. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan komuniti supaya mereka sentiasa cakna dengan perkembangan koperasi.
6. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi Koperasi Almarbawi Perak Berhad.
SENARAI ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH KOPERASI TAHUN 2024
SEKSYEN 14 (1)(a) AKTA KOPERASI, PERATURAN 17 (1)

SIJIL PENDAFTARAN
